Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Sunday, June 05, 2011

Renungan Hari Ini - "Kerajaan Bapa" (bahagian 3)


Kerajaan Bapa adalah untuk orang hidup dan mereka yang mahu kehidupan. Alkitab, dalam "Khotbah Bukit" mengatakan,

Berbahagialah orang yang lemah lembut, karena mereka akan memiliki bumi. (Matius 5:5)

Perhatikan dengan baik-baik bahawa upah dosa adalah maut dan mencari kebenaran adalah kehidupan. Dosa merupakan satu sifat kutukan yang dibayangi kematian, dan tiada harapan di dalamnya. Kematian menghentikan segala perancangan Tuhan yang murni dan besar bagi kita. Jadi, kita perlukan kehidupan, bukan hanya untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Bapa, tetapi untuk bertumbuh dalam pengenalan akan Tuhan setiap hari.

Apabila dosa menguasai hidup, pertumbuhan rohani kita terhenti. Tetapi, apabila kita mengejar kebenaran, ia mengajar kita bagaimana untuk hidup.

Jadi, berilah ruang dan peluang diri masing-masing untuk bertumbuh dan hidup di dalam kebenaran Tuhan, kerana untuk tujuan itulah kita dilahirkan.

Dipetik dari buletin gereja, 5 Jun 2011.

No comments:

Post a Comment