Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Monday, May 30, 2011

Renungan Hari Ini - "Kerajaan Bapa" (bahagian 2)


Jika direnungkan sejenak, dan mula menyoal diri sendiri; Apakah makna hari-hari yang ada pada kita? Mula pula tertanya-tanya, kenapa kita makan dan minum? Kenapa pula setiap kita perlu bernafas?
Jawapannya sangat ringkas, iaitu demi kehidupan. Pernahkah anda lupa bahawa hari-hari itu wujud atau pun juga "sangsi" bagi kita? Pernahkah kita lupa bila waktunya untuk makan dan minum? MUNGKIN..mungkin tidak. Atau pernahkah kita lupa untuk bernafas?

HARI tidak dapat diubah atau diulang tetapi perbuatan atau gaya hidup boleh. Mustahil bagi seseorang untuk tidak makan dan minum sepanjang hayatnya. Lebih dahsyat lagi dan adalah terlarang, jika kita tidak bernafas. Namanya ialah KEMATIAN.

Apabila ada kematian, maka tiadalah kehidupan. Apabila tiada kehidupan, maka tiadalah pula kekuatan dan kuasa. Apabila kuasa tiada, maka tiadalah kerajaan. Kuasa merupakan satu sifat dan tanda kewujudan manusia, yang memang dari dahulu kala ditentukan oleh TUHAN, Pencipta (Kejadian 1:27-31).

Kita tidak dapat menafikan persoalan itu. Apa yang dapat dinafikan atau boleh diubah ialah tingkah laku dan tindakan kita, melalui kewarasan yang ada dalam diri masing-masing. Ia menjadi mudah, jika kita percaya mahu pun mengenal Dia yang mengasihi dan mengampuni. Di dalam Dia ada kehidupan. Kehidupan itu memberi kita kuasa untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Bapa (Syurga).

No comments:

Post a Comment