Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Monday, May 23, 2011

Renungan Hari Ini - "Kerajaan Bapa" (bahagian 1)

Kebelakangan ini kita banyak mendengar isu yang sensitif dan seperti terasa menekan saraf, jiwa, serta menambahkan lagi ketegangan di kalangan kumpulan tertentu dalam negara ini, yang selama ini kita anggap sebagai aman dan damai. Tetapi bak kata pepatah; "air yang tenang jangan disangka tiada buaya".


Persoalan yang utama dan penting di sini ialah "KERAJAAN" atau KUASA apa yang menerajuinya. Pada kebiasaannya, kumpulan majoriti membentuk kuasa, dan kuasa pula akan menerajui sesebuah kerajaan.

Umumnya, kuasa menampilkan kekuatan dan keegoan si penghuninya. Sikap ini menggambarkan setiap orang atau kelompok, mulai berasa khuatir dan tergugat akan kedudukan mereka, jika hak mereka disentuh, dan melahirkan satu situasi yang tidak ada ketenteraman dalam hati mereka. Kerajaan yang dikejar, dipertahankan dan diperbesarkan adalah berasal dari dunia ini, hanya wujud di atas bumi dan mempunyai sifat tidak kekal. (Matius 5)

Lain pula halnya bagi kita, orang yang percaya kepada Kristus, kerana kerajaan yang kita diami adalah yang berasal dari Syurga, iaitu milik Bapa yang kekal. Amanat penting yang harus disampaikan pula ialah tentang KASIH, yang datang dalam bentuk kuasa penyelamatan dan pengampunan bagi semua orang. Kita ada di sini kerana memberitakan atau memperkenalkan kepada kerajaan-kerajaan di bumi, tentang jalan, kebenaran dan hidup "Versi Syurga". (Yohanes 14)

Dipetik dari Buletin Mingguan, 22 Mei 2011.

No comments:

Post a Comment