Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Sunday, June 12, 2011

Renungan Hari Ini - "Gereja...Umat Tuhan" Bahagian 1

Yesus memberi satu kenyataan dalam Matius 16:18 kepada Petrus (peribadi dan kelompok orang-orang percaya). Memberi gambaran kepada kita, bahawa, penubuhan sesebuah Gereja akan berasaskan kepada pembenihan (pemberitaan) Injil Kristus.

Dalam kata lain
kita yang terpilih dan dipanggil Tuhan harus mengusahakan (Matius 28) satu "kebangkitan" rohani (keperluan rohani-jiwa) dalam diri orang lain yang belum percaya kepada-Nya (Yohanes 3:16). Daripada itu akan lahirlah satu jiwa baru dan bersekutu dengan satu lagi jiwa yang sudah selamat untuk membentuk satu umat Tuhan, yang dipanggil gereja.

Paulus menegaskan (1 Korintus 12), setiap orang di dalam sesebuah Gereja, diberi satu karunia khusus supaya mereka mampu menjadi sebahagian Tubuh Kristus, sehingga tidak memberi ruang bagi kecacatan sifat dalam pembentukan umat Tuhan yang kuat dan sempurna, seperti mana Dia yang adalah sempurna. Karunia memberikan kelengkapan kepada setiap ahli sebagai umat Tuhan untuk menjadi pengaruh yang amat kuat, supaya membawa perubahan yang bukan kepada kebinasaan tetapi kepada keselamatan kekal.

Karunia adalah satu alat kelengkapan bagi umat Tuhan untuk dan mampu melakukan perbuatan baik, supaya dunia mengenal Bapa, yang adalah Bapa yang Baik dan Kekal. Oleh itu, marilah kita mengenal dan melakukan apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama sebagai umat Tuhan.

dipetik dari buletin gereja, 12 Jun 2011.

No comments:

Post a Comment