Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Monday, June 20, 2011

Renungan Hari Ini - "Bapa Tauladan dan Pemimpin yang Baik"

Secara umumnya, peranan seorang bapa adalah dimainkan oleh seorang laki-laki, bukanya wanita. Isu ini mudah dilupai atau sering diabaikan oleh pihak yang berwajib, iaitu laki-laki. Apabila amalan ini (ketidak-bertanggung-jawaban) berterusan dalam keluarga kita, maka sistem dan nilai sosial dalam masyarakat akan berubah.

Anak laki-laki yang akan lahir dan membesar di kemudian hari, melihat hidup mereka melalui seorang bapa, begitu berbeza daripada ajaran dan moral tradisi (mahu pun agama) yang murni. Jika kita lihat sikap kebanyakan pemuda pada hari ini, jelas menunjukkan sikap acuh tak acuh dalam apa yang dipanggil perhubungan.

Ada di kalangan mereka menganggap perhubungan dengan seorang wanita lain sebagai keseronokan dan bukan tanggung jawab yang ada nilai murni. Hampir kebanyakan masalah sosial dan moral pada hari ini boleh diselesaikan atau dikurangkan, jika seorang ayah di dalam sesebuah keluarga dapat memainkan tanggung jawabnya kepada anak-anak. Jangan biarkan anak laki-laki kita melihat yang ibu mereka memainkan peranan seorang bapa, kerana pada akhirnya, mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

Sebagai Kristian, tanggungjawab seorang bapa bukan hanya kepada isteri dan anaknya, tetapi juga dia dianggap sebagai tanggungjawab ibadahnya kepada Tuhan. Alkitab menetapkan beberapa hukum dan nasihat untuk kita sebagai bapa. Sesebuah keluarga yang baik selalunya dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik.


dipetik dari Buletin Gereja, 19 Jun 2011.

No comments:

Post a Comment