Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Thursday, April 28, 2011

Pertandingan Badminton SIB Bandar Bukit Tinggi

Shalom,

Pada 24 April yang lalu, satu pertandingan badminton telah dianjurkan oleh SIB Bandar Bukit Tinggi yang bertempat di Dewan Badminton Giant, Port Klang. Acara ini disertai oleh anggota jemaat setempat dan juga jemaat di sekitar lembah Klang.

Sunday, April 10, 2011

Renungan Hari Ini - "Dalam kelemahan mu Kuasa Tuhan dinyatakan - bahagian ke-2"

2 Timotius 3:16
Tetapi jawab Tuhan kepadaku: "Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna." Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku.  2 Korintus 12:9

Pemberian-Nya di sini bermaksud "karunia-karunia" yang dari Tuhan memperlengkapkan dan menyempurnakan kita. Harus diingat, penciptaan Tuhan berkenaan Adam telah musnah kemuliaan-Nya, dan melalui Kristus semuanya diperbetul dan diperlengkapi kembali. Allah mengizinkan pembentukan semulajadi kita seperti mana adanya kita sekarang, tetapi dengan kuasa pilihan yang diberikan kepada kita, seperti mana diberikan kepada Adam, yang baginya memilih menjauh dari Allah. Demikian juga bagi kita sama ada untuk memilih mendekat kepada-Nya.

Tuesday, April 05, 2011

Peta ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Gereja

Shalom, 
Seperti yang dinyatakan di dalam tiket Ulang Tahun Gereja, berikut adalah peta untuk ke tempat Majlis Ulang Tahun Gereja ini diadakan.


Klik untuk melihat imej yang lebih besar.
Atau, anda boleh menggunakan Google Map.

View Larger Map

Cara-cara menggunakan Google Map ini,
1. klik pautan ini > Peta.
- Pautan ini akan membawa ke laman berikut.
klik untuk melihat imej yang lebih besar.
2. Kemudian, lihat bahagian Get Direction dan tulis alamat/nama tempat anda pada ruangan A. Biarkan ruangan B.
3. Tekan butang Get Direction di bawah.
4. Anda akan diberi arahan untuk sampai ke sana (iaitu B).


Semoga ia membantu dan jumpa anda di sana.

Sunday, April 03, 2011

Renungan Hari Ini - "Dalam kelemahan mu Kuasa Tuhan dinyatakan"

2 Timotius 3:16
Tetapi jawab Tuhan kepadaku: "Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna." Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku.  2 Korintus 12:9

Ini juga bermaksud Allah tidak membiarkan engkau menjadikan kelemahanmu sebagai alasan supaya tidak melakukan apa yang disuruh-Nya kepada mu.

Adakalanya kita berasa Allah, menyuruh melakukan sesuatu kerja atau pelayanan yang tidak sepadan dengan kekuatan dan kelapangan kita. Tetapi Tuhan telah dan yang memanggil kita, bermaksud, kekuatan-Nyalah yang akan bekerja melalui kita, dan itu sudah cukup menjadikan kita begitu sempurna dan sesuai untuk tugasan-Nya.

Firman Allah menjelaskan bahawa, kelemahan, kekhuatiran dan kekurangan kita tidak menghairankan Tuhan. Kita mungkin buat seketika dapat menyembunyikannya daripada orang lain, tetapi tidak daripada Dia yang mencipta kita.

Kenyataannya ialah, Allah mencipta kita dengan sifat dan unsur-unsur kelemahan, supaya "pemberian-Nya" melengkapkan dan menyempurnakan kita (Filipi 4:13-14). Tuhan memanggil kita untuk melakukan pelayanan-Nya dengan hanya kekuatan daripada Dia.


Dipetik dari buletin minggu ini, 3 April 2011

Saturday, April 02, 2011

Sedikit panduan dalam memberi Komen.

Kami mengalu-alukan sebarang komen dari pembaca tentang mana-mana topik yang diperkatakan di dalam blog ini. Kami juga menghormati pandangan yang mungkin berbeza-beza dalam satu-satu isu itu.
Namun, dalam memberikan pendapat, diharapkan agar kita melakukannya dengan berhemah.


Berikut adalah beberapa panduan (atau polisi) dalam memberi komen.

  • Tiada kata-kata kesat atau berunsur lucah.
  • Tiada komen bersifat spamming.
  • Serangan peribadi.
  • Jangan melibatkan unsur perkauman.
  • Jangan memberi komen yang tidak berkaitan dengan topik (off topic).
Comment moderation akan diaktifkan di dalam blog ini di mana sebarang komen akan dinilai terlebih dahulu sebelum dipaparkan oleh admin.
Ia bagi mengelakkan komen berbentuk spam oleh bots atau pihak yang tidak bertanggungjawab.
Komen dari anonymous mungkin akan kurang diberi keutamaan untuk dipaparkan, bergantung kepada isi komen yang dibuat.

Terima Kasih, Selamat melayari blog ini, dan Tuhan memberkati.