Salam kepada semua ibubapa
Perkara yang menjadikan kita seperti seorang ibu bapa ialah, kerana kita tahu tanggungjawab yang dipikul dan melakukannya dengan sebaik yang termampu. Bukan oleh kerana kita dirahmati Tuhan dan melahirkan anak saja. Tugas ibu bapa tidak akan berakhir apabila seseorang anak dan yang paling bongsu boleh berdikari dalam hidupnya tetapi sampai bila-bila masa apabila diperlukan, selagi ibu bapa masih ada lagi.
Isu yang tidak kurang pentingnya dan harus diberi perhatian dalam peranan sebagai ibu bapa ialah perhubungan di antara suami isteri, yang adalah ibu dan bapa kepada seorang anak. Hubungan anak dengan ibu bapa akan menjadi lebih baik dan lengkap, jika kedua-dua ibu bapanya (masih hidup) mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik. Selain daripada itu, kita harus semaikan prinsip murni dan baik berikut, dalam keluarga, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mengenali Tuhan.
- Kasih
- Pengharapan
- Kebenaran
- Doa
- Kesatuan
Dipetik dari Buletin Mingguan, 15 Mei 2011.
No comments:
Post a Comment