Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam kepada semua wanita yang bergelar ibu.

Perkara yang menjadikan kita lebih seperti seorang ibu ialah kerana ketabahan dan perjuangan yang dipertahankan seperti,

1. Kasih - usaha yang selalu memberi demi keperluan anaknya dan mengerti akan kelemahan serta kekurangannya dalam menerima seadanya dia.

2. Pengharapan - usaha yang menjadi cahaya terang, ketika anaknya menemui jalan buntu. Seorang ibu yang menjadi ikutan anaknya dan menjadi sandaran ketika diperlukan.

3. Kebenaran - usaha yang baik dalam amalan harian dan mempunyai kepercayaan yang teguh berupa tradisi dan legasi.

4. Doa - seorang ibu yang penuh dedikasi dan berusaha mempunyai hubungan yang suci dengan Tuhannya. Ibu yang selalu menyerahkan hidupnya ke dalam tangan Tuhan.

Adakalanya seorang ibu sukar meluahkan siapa dirinya yang sebenar kepada seorang anak melalui mulutnya, tetapi usaha dan sikapnya setiap hari memang terserlah wujudnya keperibadian yang mulia sesuai dengan ajaran murni.

Dipetik dari Buletin Mingguan, 8 Mei 2011.

No comments:

Post a Comment