Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Thursday, April 28, 2011

Pertandingan Badminton SIB Bandar Bukit Tinggi

Shalom,

Pada 24 April yang lalu, satu pertandingan badminton telah dianjurkan oleh SIB Bandar Bukit Tinggi yang bertempat di Dewan Badminton Giant, Port Klang. Acara ini disertai oleh anggota jemaat setempat dan juga jemaat di sekitar lembah Klang.


Pertandingan ini turut disertai oleh jemaat dari SIB Klang. Pihak SIB Bandar Bukit Tinggi sangat berterima kasih di atas sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan pertandingan ini.

Pertandingan Badminton ini sebenarnya bertujuan untuk mengumpul dana selain sebagai salah satu aktiviti riadah dalam mempereratkan lagi hubungan di antara jemaat-jemaat setempat. Dana yang dikumpulkan akan disalurkan ke dalam tabung gereja untuk membaik pulih dan memperlengkapi keperluan fizikal gereja pada masa akan datang.

Pertandingan ini juga adalah pembuka tirai bagi acara ulang tahun gereja pada 1 Mei ini.

Dua orang kuat yang bertungkus lumus menjayakan pertandingan ini.
Aksi-aksi sekitar pertandingan
Kedatangan peserta
Peserta dari SIB Klang dan SIB Bandar Bukit Tinggi yang sampai ke peringkat separuh akhir.
Antara peserta yang berentap ke pusingan separuh akhir.
Antara peserta yang menunggu giliran.
Cuba teka, siapa tempat ketiga dan keempat?
Johan beregu lelaki. Tahniah!
Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan peserta-peserta yang telah memberikan sokongan.
Jika terdapat kelemahan sepanjang pertandingan, kami memohon maaf dan akan memperbaiki sebarang kelemahan agar ada penambahbaikan pada masa akan datang.

Tuhan memberkati.

No comments:

Post a Comment