Selamat datang.

Terima kasih kerana melawat Blog ini. Sedikit panduan dalam memberikan komen di sini.

Peta ke tempat majlis Ulang Tahun ke-5 SIB Bandar Bukit Tinggi

Tuesday, April 05, 2011

Peta ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Gereja

Shalom, 
Seperti yang dinyatakan di dalam tiket Ulang Tahun Gereja, berikut adalah peta untuk ke tempat Majlis Ulang Tahun Gereja ini diadakan.


Klik untuk melihat imej yang lebih besar.
Atau, anda boleh menggunakan Google Map.

View Larger Map

Cara-cara menggunakan Google Map ini,
1. klik pautan ini > Peta.
- Pautan ini akan membawa ke laman berikut.
klik untuk melihat imej yang lebih besar.
2. Kemudian, lihat bahagian Get Direction dan tulis alamat/nama tempat anda pada ruangan A. Biarkan ruangan B.
3. Tekan butang Get Direction di bawah.
4. Anda akan diberi arahan untuk sampai ke sana (iaitu B).


Semoga ia membantu dan jumpa anda di sana.

Sunday, April 03, 2011

Renungan Hari Ini - "Dalam kelemahan mu Kuasa Tuhan dinyatakan"

2 Timotius 3:16
Tetapi jawab Tuhan kepadaku: "Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna." Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku.  2 Korintus 12:9

Ini juga bermaksud Allah tidak membiarkan engkau menjadikan kelemahanmu sebagai alasan supaya tidak melakukan apa yang disuruh-Nya kepada mu.

Adakalanya kita berasa Allah, menyuruh melakukan sesuatu kerja atau pelayanan yang tidak sepadan dengan kekuatan dan kelapangan kita. Tetapi Tuhan telah dan yang memanggil kita, bermaksud, kekuatan-Nyalah yang akan bekerja melalui kita, dan itu sudah cukup menjadikan kita begitu sempurna dan sesuai untuk tugasan-Nya.

Firman Allah menjelaskan bahawa, kelemahan, kekhuatiran dan kekurangan kita tidak menghairankan Tuhan. Kita mungkin buat seketika dapat menyembunyikannya daripada orang lain, tetapi tidak daripada Dia yang mencipta kita.

Kenyataannya ialah, Allah mencipta kita dengan sifat dan unsur-unsur kelemahan, supaya "pemberian-Nya" melengkapkan dan menyempurnakan kita (Filipi 4:13-14). Tuhan memanggil kita untuk melakukan pelayanan-Nya dengan hanya kekuatan daripada Dia.


Dipetik dari buletin minggu ini, 3 April 2011

Saturday, April 02, 2011

Sedikit panduan dalam memberi Komen.

Kami mengalu-alukan sebarang komen dari pembaca tentang mana-mana topik yang diperkatakan di dalam blog ini. Kami juga menghormati pandangan yang mungkin berbeza-beza dalam satu-satu isu itu.
Namun, dalam memberikan pendapat, diharapkan agar kita melakukannya dengan berhemah.


Berikut adalah beberapa panduan (atau polisi) dalam memberi komen.

  • Tiada kata-kata kesat atau berunsur lucah.
  • Tiada komen bersifat spamming.
  • Serangan peribadi.
  • Jangan melibatkan unsur perkauman.
  • Jangan memberi komen yang tidak berkaitan dengan topik (off topic).
Comment moderation akan diaktifkan di dalam blog ini di mana sebarang komen akan dinilai terlebih dahulu sebelum dipaparkan oleh admin.
Ia bagi mengelakkan komen berbentuk spam oleh bots atau pihak yang tidak bertanggungjawab.
Komen dari anonymous mungkin akan kurang diberi keutamaan untuk dipaparkan, bergantung kepada isi komen yang dibuat.

Terima Kasih, Selamat melayari blog ini, dan Tuhan memberkati.

Thursday, March 31, 2011

Update in progress (Penyelenggaraan)

Blog ini dalam proses peng-update-an.

Sebarang cadangan, sila kiriman ke e-mail berikut.
sib.bukittinggi@gmail.com


Saturday, January 23, 2010

KRISMAS'09 DAN TAHUN BARU 2010

SHALOM SEMUA!!!!!!!!! PADA TAHUN LALU KITA TIDAK SEMPAT UNTUK MELAPORKAN PERAYAAN KRISMAS KERANA MASING-MASING SIBUK... UNTUK PENGETAHUAN SEMUA PEMBACA TAHUN 2009 TEMA PERAYAAN KRISMAS KITA ADALAH "DALAMNYA KASIH TUHAN..." YOH 3:16....

FUTSAL ANJURAN SIB BKT TINGGI

SERAMAI 9 KUMPULAN YANG TERDIRI DARIPADA 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN. KAMI TELAH MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL INI PADA 29/11/2009 PADA PETANG AHAD... SAMBUTAN BEGITU MENGGALAKKAN DENGAN PENYERTAAN DARI ORANG-ORANG LUAR... KAMI BERTERIMA KASIH KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG DALAM PERTANDINGAN INI. TANPA PENYERTAAN TUHAN MUNGKIN KITA TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN AKTIVITI INI DENGAN BAIK SEKALI..




Muka2 keletihan bermain futsal... kalah menang itu adat permainan...

Monday, December 14, 2009

family day 2009

Shalom dan salam damai... wow... setelah sekian lama kita tidak update blog. dan kini kita muncul dengan berita2 yang telah di adakan di gereja kita selama tahun 2009... Tahun 2009 adalah tahun yang memberansangkan dari segi iman kita. Kerana banyak percubaan yang kita perlu tempuhi seperti ekonomi yang membuatkan ramai di antara kita yang terganggu dengan masalah ini. Tapi puji Tuhan dengan penyertaan Tuhan kita mampu teruskan dengan bimbingan nya...

antara aktiviti yang telah di adakan...
1)Hari keluarga @semenyih
Tempat: semenyih
Tarikh: 31 ogos 2009